Pages

Bagaimana hendak membeli Bitcoin Melalui Maybank2u di Malaysia

Ada beberapa cara untuk anda membeli Bitcoin melalui Maybank2u di Malaysia. Untuk memudahkan anda, saya akan kongsi cara yang paling selamat dan paling cepat ini sahaja.

Untuk membeli Bitcoin di Malaysia melalui Maybank2u, sila ikuti langkah-langkah berikut:



Langkah 1 hingga 2: Buka akaun Luno


1. Pergi ke Luno dan klik "Sign Up". Lengkapkan proses sign-up mengikut arahan pada laman web tersebut.
2. Sahkan emel anda dan seterusnya nombor telefon anda.

Langkah 3 hingga 6: Masukkan wang dari Maybank ke dalam akaun Luno anda


3. Setelah selesai pendaftaran dan anda sudah log-in, klik "Wallet" dan seterusnya "Deposit".
4. Apabila diminta untuk memilih bank anda, pilih "Maybank".
5. Ikut arahan yang diberikan untuk pemindahan wang.
6. Tunggu sehingga deposit anda disahkan oleh sistem (biasanya kurang daripada 24 jam). Selepas disahkan, anda akan mendapati baki pada "Wallet" anda sudah bertambah mengikut amaun yang anda masukkan tadi.

Langkah 7 hingga 10: Membeli bitcoin


7. Klik "BTC/MYR" atau https://www.luno.com/wallet/quote kemudian klik "Buy".
8. Tukar "amount to buy in BTC" kepada "Amount to buy in MYR" kemudian masukkan nilai RM yang anda ingin tukarkan dengan Bitcoin. Kemudian klik "Buy".
9. Selesai (Wallet anda akan dikemaskini mengikut jumlah Bitcoin yang anda baru beli tadi dalam masa beberapa minit.)