Pages

Buat Duit Online Tanpa Modal

Buat Duit Online Tanpa Modal

Jika anda sudah lama menggunakan internet tetapi belum pernah menggunakannya untuk buat duit, anda membazirkan potensi yang ada pada internet untuk buat duit.

Jika anda tahu cara yang betul, anda boleh buat duit dengan internet dengan mudah. Jumlah wang yang anda boleh buat dengan internet bergantung kepada kretiviti, pengetahuan, kemahiran dan masa yang anda sanggup laburkan untuk tujuan ini.

Ada pelbagai model perniagaan untuk anda buat duit dengan internet, tetapi di sini kita akan membincangkan model yang ringkas, praktikal dan kos minimum sahaja, iaitu blogging. 

Blogging

Ini adalah kaedah buat duit di internet yang paling mudah. Anda hanya perlu jadi penyedia kandungan. Jika anda mempunyai blog yang mempunyai kandungan yang baik, anda boleh buat duit dengan mudah. Mari kita bincang mengenai blog sahaja kerana blog adalah cara yang paling mudah untuk anda jadi penyedia kandungan. Jika anda membeli ebook yang bertajuk “Hot to Make Money Blogging” dan sebagainya, inilah yang akan mereka ajar kepada anda. Tidak perlu beli buku itu, mari kita ringkas dan padatkan caranya di sini.

Langkah 1: Tentukan Kandungan Blog Anda.

Fikirkan suatu topik yang anda boleh tulis dengan baik. Biasanya, sesuatu perkara yang anda mempunyai pengetahuan yang baik. Sebagai contoh, mungkin anda ingin menulis tentang hobi anda, binatang peliharaan anda, tentang produk kegemaran anda, tentang kad kredit, tentang kereta dan sebagainya. Tidak terhad. Apa yang penting ialah anda mesti boleh menulis apa sahaja tentang topik itu dengan baik


Langkah 2: Tentukan kata kunci untuk blog anda.

Pemilihan kata kunci adalah sangat penting agar blog anda mudah ditemui oleh pengguna internet yang mencari kandungan yang anda tulis. Kata kunci adalah perkataan yang lazim digunakan oleh pelayar internet untuk mencari sesuatu di internet. Kata kunci anda perlu terdiri daripada kata kunci utama, dan kata kunci terbitan. Contoh: Kata kunci utama, “Duit”, kata kunci terbitan dua perkataan, “buat duit”, “cari duit”, “dapat duit”, dsb., kata kunci terbitan tiga perkataan seperti “buat duit online”, “buat duit sampingan”, “bagaimana buat duit”, kata kunci empat perkataan dan seterusnya.

Pilih Kata Kunci Yang Terbaik Untuk Topik Anda


Langkah 3. Nama Blog

Setelah anda mendapat kata kunci untuk blog anda, perkara penting yang perlu anda buat ialah nama blog. Jika tujuan utama blog anda adalah untuk menarik pembaca mengenai topik anda sahaja, nama blog anda mestilah berkaitan dengan kata kunci anda, atau kata kunci anda terus, jika anda merasakan itulah kata-kata yang boleh mewakili keseluruhan blog anda. Contoh: “Buat Duit Online” “Teknik Memancing Pro”, “Review Kereta Proton”.

Langkah 4. Daftar dan Bina Blog Anda

Terdapat dua acara untuk daftar blog anda iaitu cara berbayar (beli domain sendiri) (domain: alamat laman web/blog anda) atau menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti wordpress.com dan blogspot.com. Di sini kita akan belajar teknik yang percuma sahaja iaitu menggunakan blogspot.com. Untuk membina blog anda dengan menggunakan blogspot.com, sila rujuk di sini (dalam Bahasa Inggeris).

Pemilihan sub-domain blogspot untuk blog anda adalah sangat penting. Sub-domain anda seboleh-bolenya kata kunci utama blog anda. Contoh: memancing.blogspot.com. Jika kata kunci anda sudah digunakan oleh orang lain dan anda tidak lagi boleh daftarkannya, cari kata kunci lain yang relevan dengan topik anda. Anda boleh gabungkan dua perkataan kata kunci and ajika terpaksa.

Langkah 5. Mengisi Kandungan Blog Anda

Anda boleh mula menulis kandungan blog anda sebaik yang anda mampu. Kupas topik anda dengan menyeluruh dan mendalam. Satu tajuk untuk satu pos. Pembaca biasanya lebih suka membaca “post” yang ringkas, straight to the point, dan mudah di”scan” kandungannya.

Langkah 6. Search Engine Optimazation (Pengoptimuman Enjin Carian)

Boleh dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk pembaca akan sampai ke blog anda adalah melalui enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Kita focus kepada Google sahaja. Kita akan belajar SEO dengan lebih terperinci lagi. Untuk permulaan ini, ikuti sahaja petua ini.

  1. Apabila menulis, sila tulis untuk orang yang anda jangkakan berminat terhadap tajuk anda. Tajuk pos anda mestilah satu gambaran yang jelas terhadap kandungan pos anda. Jangan risau tentang bagaimana Google akan menemui pos anda kerana Google sememangnya sentiasa berusaha untuk menyajikan hasil carian yang terbaik kepada pencari. Pencari juga akan berusaha mencari kandungan blog yang benar-benar memenuhi apa yang mereka cari. Ini adalah proses “semulajadi” yang berterusan di internet. Jadi, hanya beri tumpuan kepada kualiti kata kunci, tajuk dan kualiti kandungan anda, anda pasti akan ditemui oleh pembaca yang anda perlukan kandungan anda.
  2. Imej dan video (untuk video, memadai dengan embed atau link pos anda dengan video Youtube). Pastikan “description” untuk imej dan video anda mempunyai kaitan dengan tajuk pos anda.

Langkah 7. Monetize blog anda (buat duit dengan blog anda)

Setelah siap dengan blog anda dan kandungan anda sentiasa bertambah sepanjang masa, tibalah masanya untuk anda memaparkan iklan di blog anda. Google mempunyai satu program pengiklanan yang yang dinamakan Adwords dan Adsense. Orang yang mahu mengiklankan produk mereka di internet akan pergi ke Adwords. Orang yang mahu memaparkan iklan Google di laman web atau blog mereka akan pergi ke Adsense. Anda perlu pergi ke Adsense kerana anda mahu memapar iklan Google di blog anda. Untuk panduan mendaftar akaun dengan Adsense, sila pergi ke sini (Dalam Bahasa Inggeris. Orang yang tidak faham Bahasa Inggeris boleh gunakan Google Translate untuk terjemah panduan tersebut ke dalam Bahasa Melayu) (Pada zaman dahulu, Google tidak membenarkan blog Bahasa Melayu sepenuhnya untuk program Adsense, sekarang dibenarkan)

Langkah 8. Selesai

Anda kini sudah siap dengan blog anda yang boleh buat duit online untuk anda. Teruskan menghantar kandungan-kandungan blog anda yang terbaik. Jangan harapkan pulangan yang tinggi dalam jangka pendek. Lama kelamaan, blog anda tetap akan menghasilkan wang walaupun anda tidak lagi mengemaskini blog tersebut. Carilah topik lain dan ulangi langkah-langkah yang ditunjukkan di sini. Pastikan anda sentiasa mematuhi polisi adsense Google.

Nota: Blog saya yang ini bukan bertujuan sepenuhnya untuk memenuhi objektif seperti yang diterangkan di atas,

Soalan lazim

Berapa anggaran pendapatan saya?

Jawapan: Ia bergantung kepada jumlah pelawat yang datang ke blog anda, dan berapa pelawat yang bertindakbalas terhadap iklan yang mereka lihat di blog anda. Anda boleh menjangkakan tiada apa-apa pendapatan pada beberapa bulan yang pertama, sehingga beberapa USD sehari selepas beberapa tahun.

Bagaimana Google menghantar duit kepada saya?

Ada beberapa cara yang Google gunakan untuk menghantar duit kepada anda. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Western Union kerana cara tersebut lebih mudah. Tetapkan cara anda menerima komisen di akaun Adsense anda.

Terima kasih kerana membaca. 

No comments:

Post a Comment