Pages

Perancangan Kewangan Dengan Simpanan ASB. Buat Pinjaman ASB atau Tidak? Mana Lebih Baik?

(Subjek-subjek kewangan terlibat: Time Value of Money, Future Value of an Annuity, Future Value of Periodic Payment, Compound Interest Rate, Effective Interest Rate)


Present value of money:
1. RM1 pada 25 tahun akan datang adalah ibarat RM0.30 pada hari ini. (dikira atas inflasi 5% setahun) 2. Jika anda mempunyai RM1,000,000 selepas 25 tahun dari sekarang, ia ibarat memiliki RM300,000 pada hari ini.

Formula: PV= FV/(1+r)^n
Sekarang cuba rancang kewangan masa hadapan anda dengan menggunakan senario berikut: *Katakan anda bersara 25 tahun dari sekarang, ada akaun ASB. **Katakan anda hanya menyimpan, tidak membuat sebarang pegeluaran. ***Katakan kadar dividen ASB maintain pada kadar 7.5% setiap tahun.

Maka: Simpanan:
1. Jika anda simpan RM500 ke dalam ASB setiap bulan, anda akan mendapat lebih kurang RM400,000 selepas 25 tahun. Kira sendiri

Formula
2. Anda mesti simpan kira-kira RM1200 sebulan untuk kumpul RM1,000,000 dalam ASB selepas 25 tahun dari sekarang. Kira sendiri
ASB dan pinjaman:
(Ingat, semua contoh ini adalah berdasarkan senario ** dan *** di atas)

1. Jika anda laburkan RM15,000 ke dalam ASB, ia akan menjadi kira-kira RM90,000 selepas 25 tahun dari sekarang. 2. Tetapi jika anda mempunyai kira-kira RM15,000 sekarang, anda boleh jadikan ia RM200,000 selepas 25 tahun dari sekarang dengan cara membuat pinjaman ASB berjumlah RM200,000 dan gunakan RM15,000 untuk membayar pinjaman tahun pertama, dan gunakan dividen ASB setiap tahun untuk membayar pinjaman setiap tahun.

3. Jika anda simpan sendiri RM1193 (bersamaan dengan ansuran bulanan pinjaman jika anda buat pinjaman ASB sebanyak RM200,000 selama 25 tahun dengan Maybank), anda akan mendapat RM1,012,269.36 selepas 25 tahun.

4. Jika anda gunakan RM1193 untuk membayar pinjaman ASB sebanyak RM200,000 dengan selama 25 tahun dengan Maybank, anda akan mendapat RM861,767.92 selepas ditolak semua bayaran pinjaman anda.
Pinjaman ASB: RM200,000
Jumlah bayaran Pinjaman ASB termasuk faedah bank: RM357900
Jumlah Akhir Pelaburan Selepas 25 tahun: RM1,219,667.92
Untung: RM861,767.92.

Jadi,
No. 2 lebih baik daripada No.1
No. 3 lebih baik daripada No. 4

Teknik Percuma Menambah Facebook Like untuk Permulaan

Pos suka-suka ini adalah untuk mereka yang suka buat bisnes online menggunakan Facebook Page. Dalam bisnes online, Facebook Page adalah satu kemestian untuk membina jenama anda.

Jika anda baru membina satu Facebook Page untuk jenama anda, salah satu cabaran utama yang anda perlu atasi ialah mendapatkan like permulaan.

Walaupun like permulaan tidak menyumbang kepada jualan anda, ia penting untuk menjadikan page anda tidak kelihatan kosong apabila anda ingin menarik perhatian orang yang anda sasarkan dalam kempen pemasaran anda. Bayangkan jika anda menggunakan iklan berbayar Facebook untuk mencari pelanggan sasaran anda, dan page anda hanya ada 4 likes termasuk diri anda, sudah tentu orang yang anda sasarkan itu tidak tertarik langsung untuk like page anda.

Jadi, ada baiknya anda mendapat like permulaan terlebih dahulu sebelum anda mula menggunakan "Sponsored Ads" untuk menarik pelanggan sasaran anda.

Teknik paling mudah ialah dengan menjemput semua rakan FB anda untuk menyukai page anda. Jemput mereka dengan jujur, nyatakan tujuan anda bahawa anda perlukan like permulaan mereka untuk mencantikkan page anda sahaja.

Teknik kedua ialah dengan cara menyertai program tukar-tukar like (like exchange). Cara program ini berfungsi amat mudah, anda like page orang lain dan orang lain like page anda.

Adakah teknik ini selamat? Like yang anda dapat daripada like exchange adalah like yang daripada manusia sebenar dan bukan like daripada bot. Selagi like itu datangnya daripada akaun "real person", Facebook tidak akan apa-apakan page anda.

Pergi ke http://www.like4.us/free-facebook-likes-42203.html untuk menyertai like exchange.

Nota:
Ada baiknya anda gunakan akaun facebook khas untuk tujuan ini.

Ingat, like yang anda dapat adalah rawak. Tidak sesuai untuk pemasaran. Hanya semata-mata untuk mencantikkan penampilan page anda pada permulaan.



Buat Duit Online Tanpa Modal

Buat Duit Online Tanpa Modal

Jika anda sudah lama menggunakan internet tetapi belum pernah menggunakannya untuk buat duit, anda membazirkan potensi yang ada pada internet untuk buat duit.

Jika anda tahu cara yang betul, anda boleh buat duit dengan internet dengan mudah. Jumlah wang yang anda boleh buat dengan internet bergantung kepada kretiviti, pengetahuan, kemahiran dan masa yang anda sanggup laburkan untuk tujuan ini.

Ada pelbagai model perniagaan untuk anda buat duit dengan internet, tetapi di sini kita akan membincangkan model yang ringkas, praktikal dan kos minimum sahaja, iaitu blogging. 

Blogging

Ini adalah kaedah buat duit di internet yang paling mudah. Anda hanya perlu jadi penyedia kandungan. Jika anda mempunyai blog yang mempunyai kandungan yang baik, anda boleh buat duit dengan mudah. Mari kita bincang mengenai blog sahaja kerana blog adalah cara yang paling mudah untuk anda jadi penyedia kandungan. Jika anda membeli ebook yang bertajuk “Hot to Make Money Blogging” dan sebagainya, inilah yang akan mereka ajar kepada anda. Tidak perlu beli buku itu, mari kita ringkas dan padatkan caranya di sini.

Langkah 1: Tentukan Kandungan Blog Anda.

Fikirkan suatu topik yang anda boleh tulis dengan baik. Biasanya, sesuatu perkara yang anda mempunyai pengetahuan yang baik. Sebagai contoh, mungkin anda ingin menulis tentang hobi anda, binatang peliharaan anda, tentang produk kegemaran anda, tentang kad kredit, tentang kereta dan sebagainya. Tidak terhad. Apa yang penting ialah anda mesti boleh menulis apa sahaja tentang topik itu dengan baik


Langkah 2: Tentukan kata kunci untuk blog anda.

Pemilihan kata kunci adalah sangat penting agar blog anda mudah ditemui oleh pengguna internet yang mencari kandungan yang anda tulis. Kata kunci adalah perkataan yang lazim digunakan oleh pelayar internet untuk mencari sesuatu di internet. Kata kunci anda perlu terdiri daripada kata kunci utama, dan kata kunci terbitan. Contoh: Kata kunci utama, “Duit”, kata kunci terbitan dua perkataan, “buat duit”, “cari duit”, “dapat duit”, dsb., kata kunci terbitan tiga perkataan seperti “buat duit online”, “buat duit sampingan”, “bagaimana buat duit”, kata kunci empat perkataan dan seterusnya.

Pilih Kata Kunci Yang Terbaik Untuk Topik Anda


Langkah 3. Nama Blog

Setelah anda mendapat kata kunci untuk blog anda, perkara penting yang perlu anda buat ialah nama blog. Jika tujuan utama blog anda adalah untuk menarik pembaca mengenai topik anda sahaja, nama blog anda mestilah berkaitan dengan kata kunci anda, atau kata kunci anda terus, jika anda merasakan itulah kata-kata yang boleh mewakili keseluruhan blog anda. Contoh: “Buat Duit Online” “Teknik Memancing Pro”, “Review Kereta Proton”.

Langkah 4. Daftar dan Bina Blog Anda

Terdapat dua acara untuk daftar blog anda iaitu cara berbayar (beli domain sendiri) (domain: alamat laman web/blog anda) atau menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti wordpress.com dan blogspot.com. Di sini kita akan belajar teknik yang percuma sahaja iaitu menggunakan blogspot.com. Untuk membina blog anda dengan menggunakan blogspot.com, sila rujuk di sini (dalam Bahasa Inggeris).

Pemilihan sub-domain blogspot untuk blog anda adalah sangat penting. Sub-domain anda seboleh-bolenya kata kunci utama blog anda. Contoh: memancing.blogspot.com. Jika kata kunci anda sudah digunakan oleh orang lain dan anda tidak lagi boleh daftarkannya, cari kata kunci lain yang relevan dengan topik anda. Anda boleh gabungkan dua perkataan kata kunci and ajika terpaksa.

Langkah 5. Mengisi Kandungan Blog Anda

Anda boleh mula menulis kandungan blog anda sebaik yang anda mampu. Kupas topik anda dengan menyeluruh dan mendalam. Satu tajuk untuk satu pos. Pembaca biasanya lebih suka membaca “post” yang ringkas, straight to the point, dan mudah di”scan” kandungannya.

Langkah 6. Search Engine Optimazation (Pengoptimuman Enjin Carian)

Boleh dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk pembaca akan sampai ke blog anda adalah melalui enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Kita focus kepada Google sahaja. Kita akan belajar SEO dengan lebih terperinci lagi. Untuk permulaan ini, ikuti sahaja petua ini.

  1. Apabila menulis, sila tulis untuk orang yang anda jangkakan berminat terhadap tajuk anda. Tajuk pos anda mestilah satu gambaran yang jelas terhadap kandungan pos anda. Jangan risau tentang bagaimana Google akan menemui pos anda kerana Google sememangnya sentiasa berusaha untuk menyajikan hasil carian yang terbaik kepada pencari. Pencari juga akan berusaha mencari kandungan blog yang benar-benar memenuhi apa yang mereka cari. Ini adalah proses “semulajadi” yang berterusan di internet. Jadi, hanya beri tumpuan kepada kualiti kata kunci, tajuk dan kualiti kandungan anda, anda pasti akan ditemui oleh pembaca yang anda perlukan kandungan anda.
  2. Imej dan video (untuk video, memadai dengan embed atau link pos anda dengan video Youtube). Pastikan “description” untuk imej dan video anda mempunyai kaitan dengan tajuk pos anda.

Langkah 7. Monetize blog anda (buat duit dengan blog anda)

Setelah siap dengan blog anda dan kandungan anda sentiasa bertambah sepanjang masa, tibalah masanya untuk anda memaparkan iklan di blog anda. Google mempunyai satu program pengiklanan yang yang dinamakan Adwords dan Adsense. Orang yang mahu mengiklankan produk mereka di internet akan pergi ke Adwords. Orang yang mahu memaparkan iklan Google di laman web atau blog mereka akan pergi ke Adsense. Anda perlu pergi ke Adsense kerana anda mahu memapar iklan Google di blog anda. Untuk panduan mendaftar akaun dengan Adsense, sila pergi ke sini (Dalam Bahasa Inggeris. Orang yang tidak faham Bahasa Inggeris boleh gunakan Google Translate untuk terjemah panduan tersebut ke dalam Bahasa Melayu) (Pada zaman dahulu, Google tidak membenarkan blog Bahasa Melayu sepenuhnya untuk program Adsense, sekarang dibenarkan)

Langkah 8. Selesai

Anda kini sudah siap dengan blog anda yang boleh buat duit online untuk anda. Teruskan menghantar kandungan-kandungan blog anda yang terbaik. Jangan harapkan pulangan yang tinggi dalam jangka pendek. Lama kelamaan, blog anda tetap akan menghasilkan wang walaupun anda tidak lagi mengemaskini blog tersebut. Carilah topik lain dan ulangi langkah-langkah yang ditunjukkan di sini. Pastikan anda sentiasa mematuhi polisi adsense Google.

Nota: Blog saya yang ini bukan bertujuan sepenuhnya untuk memenuhi objektif seperti yang diterangkan di atas,

Soalan lazim

Berapa anggaran pendapatan saya?

Jawapan: Ia bergantung kepada jumlah pelawat yang datang ke blog anda, dan berapa pelawat yang bertindakbalas terhadap iklan yang mereka lihat di blog anda. Anda boleh menjangkakan tiada apa-apa pendapatan pada beberapa bulan yang pertama, sehingga beberapa USD sehari selepas beberapa tahun.

Bagaimana Google menghantar duit kepada saya?

Ada beberapa cara yang Google gunakan untuk menghantar duit kepada anda. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Western Union kerana cara tersebut lebih mudah. Tetapkan cara anda menerima komisen di akaun Adsense anda.

Terima kasih kerana membaca. 

5 Orang Paling Berkuasa di Dunia Menurut Senarai Forbes (2015)

Berikut adalah senarai 5 orang manusia paling berkuasa di dunia pada tahun 2015 menurut senarai oleh Majalah Forbes.

Kriteria utama yang dinilai:
  • Jumlah orang yang mampu dipengaruhi oleh orang tersebut
  • Jumlah wang yang berada di dalam kawalan orang tersebut
  • Pelbagai sudut yang boleh menjadikan orang tersebut lebih baik daripada 100 juta orang lain
  • Jangkamasa orang tersebut dijangka masih boleh mengekalkan kriteria di atas


1. Vladmir Putin (63 tahun)
  • Jawatan: Presiden Russia
  • Pendidikan: Doctor of Jurisprudence, Saint Petersburg State University


2. Angela Merkel (61 tahun)
  • Jawatan: Canselor Jerman
  • Pendidikan: Master of Science, Leipzig University; Doctorate, Leipzig University


3. Barack Obama (54 tahun)
  • Jawatan: Presiden Amerika Syarikat
  • Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, Columbia University; Doctor of Jurisprudence, Harvard University


4. Pope Francis (79 tahun)
  • Jawatan: Bishop of Rome, Gereja Roman Katolik
  • Pendidikan: Tidak dinyatakan



5. Xi Jinping (62 tahun)
  • Jawatan: Presiden China / Setiausaha Agung Parti Komunis China
  • Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, Tsinghua University; Doctor of Jurisprudence, Tsinghua University